Home » » Waheeda: "Biarlah Dia Terus Memburukkan Saya"

Waheeda: "Biarlah Dia Terus Memburukkan Saya"

Written By canang on Khamis, 22 April 2010 | 4/22/2010 05:00:00 PTG

Kehangatan kes Maizawati Zainal-Akhil Hayy-Waheeda memasuki hari keempatnya. Walaupun watak lelaki utama terus mendiamkan diri, yang dituduh “orang ketiga” akhirnya tampil berhadapan media selepas pekung yang tersimpan di dada si isteri selama dua tahun dibuka seluas-luasnya untuk jamuan semua.

Jika Maizawati merasakan dirinya berada di pihak yang benar, begitu jugalah sentimen yang dikongsi Waheeda.

Dalam temubual bersama Berita Harian hari ini, Waheeda tetap dengan pendiriannya selama ini untuk bersabar dan sebenarnya, enggan diulas tentang apa yang sedang berlaku. Baginya, walau apa yang diperkatakan, hukuman sudah dijatuhkan ke atasnya sebagai bersalah. Lagipun menurutnya, yang membuka cerita adalah isteri Akhil jadi “biarlah dia hendak kata apapun”.

Jika Maizawati memberitahu kesabarannya sudah sampai ke penghujungnya, Waheeda pula memberi amaran jangan sampai kesabaran dia pula yang hilang.

“Biarlah dia terus memburukkan saya tetapi jangan sampai saya hilang sabar hingga dedahkan segala-galanya, takut dia pula nanti tak berani keluar rumah kerana malu.”

Dalam temuramah itu juga, Waheeda menyangkal tuduhan yang dia sudah berkahwin serta dakwaan Maizawati yang walaupun dia sanggup bermadu namun Waheeda yang tidak boleh menerimanya.

“Itu semua tidak benar. Kalau kita baca kembali apa yang dikatakannya itu, itu semua adalah andaian dia semata-mata. Sebenarnya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan pada saya, tanyalah pada orang yang rapat dengannya.”

Ditanya jika ingin bersemuka dengan Maizawati untuk menyelesaikan masalah ini, Waheeda menjawab, “Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya. Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?”



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger