Home » » Zizie-Bung: Atas Nama Cinta

Zizie-Bung: Atas Nama Cinta

Written By canang on Khamis, 22 April 2010 | 4/22/2010 03:00:00 PTG

Cinta... Kerana cinta, ada yang hilang pertimbangan. Kerana cinta, ada juga yang nampaknya sanggup mengenepikan undang-undang syariah negara.

Semua sedia maklum tentang kes Zizie Ezette dan suami Dato' Bung Moktar Radin. Selepas kontroversi perkahwinan rahsia mereka, semalam, dalam akhbar Utusan Malaysia, pasangan pengantin baru ini dilaporkan mengakui bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Ekoran dari itu, dua abang dan adik Zizie serta dua orang teman Bung menghadapi tuduhan bersubahat dan dibebaskan dengan bon jaminan lisan sebanyak RM250 seorang.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas semua yang terlibat pada 18 Mei depan.

Namun begitu, dalam satu tembual dengan mstar, tegas Zizie, perkahwinannya dengan Bung sah mengikut hukum syarak. Tetapi tidak dinafikannya, pernikahan itu adalah salah di sisi undang-undang syariah Malaysia.

Semestinya persoalan yang bermain di fikiran ramai, mengapa jika sudah tahu tindakan mereka itu menyalahi undang-undang tetap diteruskan juga? Kerana cinta mereka dihalang?

GUA nak komen lebih-lebih pun bukan tempat GUA kerana hanya Zizie dan Bung yang tahu cerita sebenarnya. Lagipun, mereka sudah mengakui kesilapan mereka.

Apapun, kita hanya mampu menunggu keputusan mahkamah pada 18 Mei ini. Diharapkan semuanya akan selesai dengan baik, dan Zizie serta Bung dapat terus melayari kehidupan bahagia mereka sebagai suami isteri.



Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger