Home » » Ghafur Letak Jawatan Ahli Parlimen, Angkara Pengumuman Zahrain

Ghafur Letak Jawatan Ahli Parlimen, Angkara Pengumuman Zahrain

Written By canang on Rabu, 12 Mei 2010 | 5/12/2010 03:00:00 PG

KUALA LUMPUR 11 MEI: Datuk Abdul Ghapur Salleh didakwa Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang menyertai rancangan projek 16 September, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.

Mengikut Malaysian Insider, Ahli Parlimen Kalabakan itu mahu mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan menolak surat peletakan jawatan itu.

Tindakan Ghafur itu berikutan mahu menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar”.

Ghapur dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas pengumuman Zahrain berkaitan projek 16 September.

Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi Malaysian Insider bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger