SIBU 11 Mei: Polis memberi amaran kepada parti politik yang terlibat pada pilihan raya kecil parlimen Sibu supaya tidak menggunakan isu penggunaan kalimah Allah dalam kempen.
Bercakap pada satu sidang media, Ketua Polis Sarawak, Senior Asisten Komisioner 11 Huzir Mohamed yang menyifatkan isu berkenaan sebagai sensitif dan perlu dihentikan segera.
DAP membangkitkan isu kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.
Isu agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.
Kira-kira 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalangan peribumi dan Cina adalah penganut Kristian.
Home »
» Polis Larang Isu Kalimah Allah Di Pilihan Raya Sibu
Polis Larang Isu Kalimah Allah Di Pilihan Raya Sibu
Written By canang on Rabu, 12 Mei 2010 | 5/12/2010 02:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan