SHAH ALAM 11 MEI: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Kapar,S Manikavasagam berhubung dakwaan wujudnya rasuah di kalangan pegawai atasan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Pertemuan ini akan membolehkan Ahli Parlimen Kapar itu membuat aduan secara rasmi berkenaan dakwaannya yang melibatkan pegawai atasan di KSSB serta mencari jalan penyelesaian terbaik.
Seperti yang ditegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengamal ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya serta menyokong semua usaha membanteras rasuah di semua peringkat.
Kerajaan Selangor memandang berat dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Kapar itu dan berharap beliau membantu menyalurkan maklumat dan bukti yang lengkap supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Hasil pertemuan ini akan diumumkan pada sidang akhbar selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selesai bermesyuarat esok.
Home »
» Dakwaan Rasuah KSSB, MB Temu Manikavasagam Esok
Dakwaan Rasuah KSSB, MB Temu Manikavasagam Esok
Written By canang on Rabu, 12 Mei 2010 | 5/12/2010 01:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan