Home » » Guna ketamin ‘petua’ GRO untuk kekal cantik

Guna ketamin ‘petua’ GRO untuk kekal cantik

Written By canang on Khamis, 27 Mei 2010 | 5/27/2010 03:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Akibat percaya dengan mitos pengambilan ketamin mampu mencantikkan wajah dan kulit, segelintir remaja dan wanita terutamanya pelayan pelanggan (GRO) menjadikan dadah itu santapan harian.
Golongan berkenaan mendakwa pengambilan barangan terlarang itu mampu menghilangkan jeragat dan membina semula sel mati, seterusnya melambatkan proses penuaan selain menambahkan seri wajah.

Selain mahu kelihatan cantik, ada di kalangan GRO memberi alasan mengambil ketamin untuk meningkatkan keyakinan diri sekali gus mudah menggoda lelaki hidung belang yang berkunjung ke pusat hiburan tempat mereka bekerja.

Malah, dakwa mereka, ketamin bukan saja lebih murah berbanding dadah lain, malah mudah dibawa, sekali gus menjadikannya alternatif baru untuk kelihatan menarik tanpa perlu bertandang ke salon kecantikan.

Perkara ini didedahkan Wani (bukan nama sebenar), 22, yang bekerja sebagai GRO kepada wartawan yang menyamar pelanggan di sebuah pusat karaoke sekitar pinggir ibu kota, baru-baru ini.

Katanya, dia mengambil ketamin selepas disyorkan rakan sejawatan ketika baru bekerja sebagai GRO hampir dua tahun lalu.

“Ketika mula bekerja dulu, saya malu dan kurang keyakinan diri, lebih-lebih lagi kerana berjerawat.

“Rakan sekerja menyuruh saya mencuba ketamin dan selepas beberapa kali, saya dapati kulit menjadi lebih cantik. Yang penting, saya lebih yakin bila melayan dan menggoda pelanggan hingga dapat banyak tip,” katanya.

Menurutnya, penggunaan ketamin di kalangan GRO bukan sesuatu yang asing dan menjadi rahsia terbuka.

“Lagipun, kerja seperti saya yang sering melayani orang ramai terutamanya lelaki menjadi satu keperluan untuk kelihatan cantik. Saya sudah amalkan pengambilan ketamin lebih setahun lalu dan ternyata ia berkesan melicinkan kulit selain menaikkan seri wajah,”
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger