Tergamam seorang isteri apabila melihat suami tercinta diserang di depan mata sendiri. Begitulah yang berlaku kepada pelakon, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn yang menyaksikan sendiri insiden suaminya, pelakon, pelawak serta pengacara, Johan diserang seorang pengarah.
Bagi Ozlyn, detik hitam yang menimpa Johan sesungguhnya meninggalkan kesan mendalam ke atas dirinya.
“Saya trauma. Perkara itu berlaku di depan mata saya sendiri,” ujar Ozlyn yang ditemui ketika menemani suaminya di majlis pelancaran program, ‘Galaksi Sharp’ di The Curve, semalam.
Dalam insiden yang berlaku di sebuah restoran dua minggu lalu, Johan mengalami kecederaan akibat dibaling gelas kaca oleh pengarah, Mohd Javed Mohd Nizar. Ketika kejadian, Ozlyn yang berada di situ bersama-sama dengan kru produksi cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Difahamkan, insiden ini tercetus ekoran Javed yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Johan yang sering lewat ke lokasi penggambaran.
“Tak ada istilah lambat. Kami baru ‘shooting’ lima hari. Saya sempat lima hari. Johan ‘shooting’ tak sampai dua hari. Kita hanya dengar sebelah pihak. Kami tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi. Tunggu masa sidang media yang akan diadakan nanti.”
Ekoran dari insiden itu, suami isteri ini khabarnya tidak lagi berlakon dalam drama komedi seram tersebut yang melibatkan mereka sebagai pelakon utama.
Apabila ditanya adakah nama mereka digugurkan atau mereka sendiri yang menarik diri dalam drama itu, Ozlyn memberitahu dia tidak mahu komen dengan lebih lanjut. Menurut Ozlyn lagi, ini kali pertama mereka berlakon di bawah arahan pengarah terbabit.
“Saya tak boleh bercerita lanjut tentang perkara ini,” ujar ibu kepada seorang anak yang kini menumpu kepada menguruskan kerjaya suaminya.
“Sekarang saya nak berehat dulu. Saya nak uruskan suami saya. Saya masih akan berlakon seperti biasa, tapi buat masa sekarang, saya lebih menumpukan kepada Johan. Lagipun ini atas permintaan dia sendiri.”
Ozlyn turut memberitahu, Javed ada menghubungi mereka selepas insiden itu berlaku.
“Kami tak berjumpa, cuma dia ada telefon. Tapi ia lebih ke arah meminta kami untuk tarik balik laporan. Selepas itu, baru dia ada meminta maaf.
“Saya tak mahu komen lebih lanjut. Seniman ada bagi nasihat apa yang patut kami buat. Kami tengah tunggu siasatan dari polis dan dah jumpa peguam. Tapi kami belum buat apa-apa keputusan lagi.”
Home »
» Ozlyn Trauma Lihat Suami Diserang
Ozlyn Trauma Lihat Suami Diserang
Written By canang on Khamis, 27 Mei 2010 | 5/27/2010 03:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan