Home » » Iran tak gentar ancaman Israel isu nuklear

Iran tak gentar ancaman Israel isu nuklear

Written By canang on Khamis, 6 Mei 2010 | 5/06/2010 07:00:00 PTG

WASHINGTON: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata negaranya akan meneruskan program nuklearnya walaupun menghadapi ancaman daripada tentera Israel.

Pegawai Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Presiden Shimon Peres, mencadangkan negara Yahudi itu boleh menggunakan tindakan ketenteraan bagi menghalang Teheran daripada membangunkan senjata nuklear, yang disyaki negara Barat.
“Iran akan meneruskan apa yang dilakukan,” kata Ahmadinejad dalam temubual dengan program Good Morning Amerika yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC. Menjawab satu soalan, Ahmadinejad berkata, Iran bukannya bermain dengan api berikutan ancaman tentera Israel itu.

“Mereka yang menyimpan stok bom dan menekan orang lain dan bertindak tanpa mengikut undang-undang adalah pihak yang sebenarnya bermain dengan api,” katanya.

Ahmadinejad mengulas demikian ketika perbincangan mengenai sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran masuk pusingan keempat, yang berkeras bahawa program nuklearnya adalah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik. –
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger