PUTRAJAYA, 5 Mei: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam usaha memperkasakan lagi pegawai terutama daripada golongan Cina untuk menyertainya sebagai penguasa atau penolong penguasa.
Ini selaras dengan kunjungan hormat Datuk Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong) pada 9 Februari lalu di mana satu jalinan kerjasama telah berjaya dibentuk hasil komitmen jitu daripada kedua-dua belah pihak.
“Kerjasama ini akan direalisasikan dalam membantu pengisian jawatan di SPRM dari kalangan warganegara Malaysia berbangsa Cina,” ujar kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, petang ini.
Sehubungan itu, SPRM akan mengadakan Hari Kerjaya pada 9 Mei ini i dDewan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia di ibu negara di mana sesi taklimat kerjaya bermula 10.00 hingga 11.30 pagi manakala pengisian borang permohonan secara on-line pada jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang.
Bagi tujuan ini, SPRM bercadang untuk membantu calon yang fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Mandarin serta pelbagai dialek Bahasa Cina yang lain seperti Hokkien, Fuzhou, Kantonis dan Hakka yang mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Diploma atau Sarjana Muda (Dengan Kepujian) dalam sebarang bidang pengajian akademik untuk mendaftar sebagai pemohon jawatan dalam perkhidmatan awam khususnya bagi jawatan penguasa (Gred P41) dan penolong penguasa (Gred P29).
Home »
» SPRM usaha perkasa pegawai dari kaum Cina
SPRM usaha perkasa pegawai dari kaum Cina
Written By canang on Khamis, 6 Mei 2010 | 5/06/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan