Home » » Kekalahan Di Sibu Jadi Pembuka Mata Kepada BN - Presiden MCA

Kekalahan Di Sibu Jadi Pembuka Mata Kepada BN - Presiden MCA

Written By canang on Selasa, 18 Mei 2010 | 5/18/2010 07:30:00 PG

KUALA LUMPUR: Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu seharusnya menjadi pembuka mata kepada Barisan Nasional (BN) untuk mengenal pasti kelemahannya dan menyemak semula pendekatannya terhadap isu, dasar serta perkara lain yang dekat di hati rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kerajaan mesti mendengar suara hati pengundi Cina di Sarawak serta Malaysia dan bertanya sama ada isu yang mendepani kaum itu telah pun ditangani segera.

"Kita tidak lagi dapat berpura-pura bahawa tiada isu yang berbangkit dan kemudian tidak mengendahkannya.

"BN mesti mengambil iktibar daripada keputusan pilihan raya dan menganalisis implikasinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN Robert Lau kalah kepada wakil DAP Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi. - BERNAMA

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger