Home » » Nenek,berumur 94 tahun terima diploma

Nenek,berumur 94 tahun terima diploma

Written By canang on Selasa, 18 Mei 2010 | 5/18/2010 07:00:00 PG

OAKLAND (California): Tidak pernah terlewat untuk sesiapa memperoleh diploma dari pusat pengajian tinggi - itu yang dibuktikan seorang wanita dari San Leandro, Hazel Soares.
Kini berusia 94 tahun, Hazel adalah seorang daripada kira-kira 500 penuntut yang menerima diploma dalam majlis konvokesyen Kolej Mills, semalam.

Menurut Hazel, dia mengambil masa agak lama menamatkan pengajian kerana sentiasa sibuk.

“Namun, akhirnya saya berjaya dan saya amat gembira,” katanya.

Hazel yang mempunyai enam anak dan 40 cucu serta cicit dipercayai orang kedua tertua di dunia berjaya menamatkan pengajian di peringkat kolej.

Orang tertua pernah menamatkan pengajian di peringkat itu adalah wanita Kansas, Nola Ochs, kini 98, yang menerima ijazah sarjana dari Universiti Fort Hays tiga tahun lalu.

Lahir di Richmond, California, pada 1915, Hazel berkata, dia memang berhajat melanjutkan pengajian ke peringkat kolej selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Tinggi Roosevelt pada 1932.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan ketika itu Amerika Syarikat dilanda kemelesetan ekonomi parah, niatnya terhalang.

“Dalam keadaan begitu pun, saya tak pernah berputus asa,” katanya.

Hazel berkahiwn dua kali, membesarkan enam anak dan bekerja sebagai jururawat serta penganjur majlis sebelum bersara.

Hanya selepas itu dia memutuskan untuk menjadikan impiannya satu realiti.

Dia menghabiskan masa enam tahun mengikuti kursus di Kolej Chabot di Hayward sebelum mendapat ijazah bersekutu ketika berusia 85 tahun.

Hazel diterima masuk ke Kolej Mills pada 2007.
Share this article :

1 ulasan:

Anonymous ® berkata...

tuntut ilmu hinnga ke akhir hayat..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger