Home » » Mahkamah Benarkan SPRM Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat

Mahkamah Benarkan SPRM Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat

Written By canang on Jumaat, 21 Mei 2010 | 5/21/2010 09:00:00 PG

Mahkamah Persekutuan hari ini menutup semua ruang bantahan yang mencabar kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyoal-siasat saksi melepasi waktu pejabat.

Hakim Datuk Abdul Hamid Embong, Hakim Datuk Wira Mohd Ghazali dan Datuk Heliliah Mohd Yusof sepakat menolak rayuan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah dan membatalkan kehakiman Mahkamah Tinggi yang menghadkan tempoh siasatan SPRM.

Keputusan ini membayangkan SPRM kini mempunyai akses penuh untuk menyoalsiasat mana-mana saksi kepada perbuatan rasuah dari lewat petang hingga ke awal pagi dengan sewenang-wenangnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menghadkan tempoh siasatan SPRM selepas Setiausaha Politik Pakatan Rakyat Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disoal-siasat 10 jam tanpa henti oleh pegawai siasatan SPRM.

Kematian Beng Hock adalah mencurigakan selepas SPRM sendiri akui bahawa mangsa dipanggil sebagai saksi kepada siasatan mereka. Mendiang ditemui terdampar di bumbung tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat SPRM Negeri Selangor.

Tan Boon Wah, yang juga saksi dalam inkues kematian Beng Hock, memfailkan permohonannya ke Mahkamah Tinggi dan meminta perlindungan dari siasatan selepas waktu pejabat. Pada hari kejadian, Tan yang juga disiasat atas tuduhan rasuah mendakwa beliau menghadapi tekanan selepas disoal-siasat 16 jam tanpa henti oleh SPRM.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memberi kuasa kepada SPRM untuk meneruskan modus operandi sedemikian rupa, namun tiada sebarang alasan diberikan oleh ketiga-tiga hakim terbabit.

"Rayuan kami ke mahkamah persekutuan telah ditolak tadi, keputusan mahkamah rayuan dimenerima oleh mahkamah persekutuan tiada apa-apa alasan diberi tadi, walaupun ada dinyatakan tadi oleh mahkamah itu iaitu pada masa hadapan alasan-alasan kehakiman akan diberi.

"Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan itu tapi itu keputusan mahkamah agung dan terpaksa terima. walaupun pada pndangan saya apa yg diputuskan tidak berasaas,
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger