SHAH ALAM – Pengunduran Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu Sangilimuthu selepas 31 tahun memegang pucuk pimpinan parti itu akan membolehkan proses pemantapan dilakukan sekali gus memulihkan keyakinan pengundi muda India untuk kembali kepada MIC.
Penganalisis Politik Dr Sivamurugan Pandian berkata, pada masa yang sama beliau perlu memastikan pemimpin muda yang akan menggantikan tempatnya adalah seorang yang berwibawa dan berlatar belakang profesional untuk meneruskan perjuangan parti.
“Tidak dinafikan sepanjang menerajui parti, beliau banyak memberikan sumbangan positif tetapi sudah tiba masanya beliau berundur untuk meremajakan MIC sesuai dengan landskap politik tanah air sekarang.
“Jika ada pengganti, bukan sahaja baik untuk MIC malah kepada Barisan Nasional (BN) itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Makhal Sahkti R Kannan berkata, pengunduran Samy akan mendatangkan kebaikan kepada parti yang sekian lama menunggu saat-saat itu.
Bagaimanapun beliau meminta Sami menyelesaikan dahulu segala masalah yang dihadapi MIC sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sehingga membawa kepada pergolakan dalaman MIC dan kehilangan pengaruh kaum India.
Beliau menyifatkan pengunduran Sami atas dua faktor sama ada tekanan daripada pimpinan dalaman MIC yang semakin ramai meninggalkan parti kerana beliau mahupun desakan daripada BN.
“Saya berharap beliau tidak lari daripada tanggungjawab beliau untuk menjawab dan menyelesaikan isu Maika Holdings dan dua kolej yang ditubuhkan di bawah badan pendidikan MIC sebelum beliau melepaskan jawatan yang sudah lama tergantung dan tidak pernah selesai,”
Home »
» Pengundi kembali sokong MIC jika Samy undur: Penganalisis
Pengundi kembali sokong MIC jika Samy undur: Penganalisis
Written By canang on Jumaat, 21 Mei 2010 | 5/21/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan