Home » » Mangsa bunuh ‘hidup’ semula

Mangsa bunuh ‘hidup’ semula

Written By canang on Ahad, 9 Mei 2010 | 5/09/2010 04:00:00 PG

BEIJING: Polis di wilayah tengah China terpaksa memeriksa semula kes seorang lelaki yang disabitkan membunuh jirannya 11 tahun lalu selepas ‘mangsa’ secara tiba-tiba muncul dalam keadaan sihat.

Zhao Zuohai disabit dan dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah wilayah Henan atas dakwaan membunuh jirannya, Zhao Zhenxiang pada 1999 selepas bergaduh mengenai wanita yang menjalin hubungan dengan mereka, lapor Beijing News.
Hukuman terhadapnya kemudian ditukar kepada penjara seumur hidup dan kemudian dikurangkan lagi kepada penjara 20 tahun.
Zhao mengaku melakukan pembunuhan itu selepas satu mayat tanpa kepala dijumpai di dalam telaga di kampungnya iaitu daerah Zhecheng.

Bagaimanapun, polis terkejut apabila ‘mangsanya’ tiba-tiba kembali ke kawasan itu minggu ini selepas 11 tahun tidak muncul. – Agensi
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger