JAKARTA: Berita bintang drama bersiri Indonesia, Manohara, akan melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia, tersebar dengan meluas di laman sembang sosial blok mikro, Twitter baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon yang mempunyai latar belakang peribadi kontroversi itu menafikannya.
Manohara sebaliknya mengakui bahawa dia memang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran tetapi bukan di Universiti Indonesia, sebaliknya di universiti terbuka.
Laman web berita Detik.com melaporkan, Manohara atau lebih dikenali sebagai Mano akan memilih universiti terbuka di Australia.
“Saya memilih universiti terbuka Australia bagi memastikan jadual penggambaran tidak terganggu. Dengan belajar di universiti terbuka, saya dapat mengimbangkan pelajaran dan kerja dengan lebih mudah,” katanya.
Manohara berkata, satu kelebihan belajar di universiti terbuka ialah tugasan kelas dan ujian boleh dihantar melalui emel dan beliau mempunyai lebih banyak masa untuk menyelesaikannya. – Agensi
Home »
» Manohara pilih universiti Australia
Manohara pilih universiti Australia
Written By canang on Sabtu, 15 Mei 2010 | 5/15/2010 01:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan