Home » » Rania :Warga Arab tunggal disenarai paling jelita di dunia

Rania :Warga Arab tunggal disenarai paling jelita di dunia

Written By canang on Jumaat, 14 Mei 2010 | 5/14/2010 11:58:00 PTG

AMMAN: Ratu Rania dari Jordan menjadi warga Arab tunggal dalam senarai 10 wanita paling jelita dunia berdasarkan kadar liputan media terhadap selebriti antarabangsa.
Isteri pemimpin Jordan, Raja Abdullah, antara tiga wanita disifatkan menghampiri usia persaraan berada dalam senarai itu bersama aktres veteran, Sophia Loren dan Helen Mirren.
Rania berusia 39, mempunyai empat anak, berada di tempat keempat manakala Loren berusia 75 tahun di tempat ke-10 dan Mirren pada usia 64, tempat ke-7.

Aktres Sepanyol, Penelope Cruz mengetuai senarai diikuti supermodel Jerman, Claudia Schiffer; aktres, Kristin Scott Thomas; Catherine Deneuve, Charlize Theron, Kate Beckinsale dan Natasha Mkelhon.

Pengiktirafan kecantikan itu, mungkin tidak begitu bermakna bagi Rania yang baru-baru ini tentunya lebih gembira dengan laporan mengenai novel kanak-kanak pertamanya, The Sandwich Swap, mendapat sambutan serta berada dalam senarai buku terlaris New York Times (NYT).

Rania, berketurunan Palestin itu terkenal sebagai seorang memperjuangkan pelbagai isu masyarakat khususnya pendidikan kanak-kanak.
Pendedahan senarai itu oleh agensi Wizard Jeans dianggap sesetengah pemerhati sebagai menunjukkan wanita paling jelita pada usia 30-an ke atas.

Cruz menduduki tempat pertama, berusia 36 tahun, Schiffer (39 tahun), Kristin Scott (49 tahun), Theron (34 tahun) dan Beckinsale, 36 tahun.

“Wanita terkenal lain seperti penyanyi Beyonce dan Cheryl Cole memang seksi dan cantik tetapi kecantikan sebenar datang dari dalam dan biasanya mengambil kira aspek kematangan,” kata jurucakap agensi berkenaan, Anthony Edwards.

“Pemilihan mereka berusia lebih 30 tahun sebagai paling cantik sekali gus menolak anggapan biasa bahawa wanita berusia lebih 40 tahun sudah hilang keanggunan mereka,” katanya. – Agensi
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger