SEREMBAN - Penduduk Taman Desa Rasah melahirkan rasa kebimbangan berikutan kejadian mencuri pakaian dalam wanita yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.
Ini berikutan pakaian dan seluar dalam wanita yang disidai diluar rumah pasti akan hilang, berikutan dipercayai dicuri oleh seorang individu misteri.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ika,19, berkata, tiga helai baju dan seluar dalamnya hilang tiga hari lalu, ia hanya disedari sebaik pulang daripada kerja.
Katanya, pakaian dalamnya disidai pintu hadapan dicuri sewaktu ketiadaannya di rumah, dan berkemungkinan kejadian itu berlaku pada waktu malam.
"Sebaik saja pulang dari kerja, saya dapati pakaian dalam sudah tiada di ampaian. Baju-baju lain ada, cuma pakaian dalam sahaja yang hilang.
"Dua hari lalu, baju saya pula diambil, tetapi kali ini baju itu diconteng serta dikoyak-koyakkan, sebelum dipulangkanya semula, dengan mencampakkan baju itu di depan pintu rumah.
"Saya baru sahaja menetap di sini sebulan yang lalu, dan mustahil saya mempunyai musuh, tak sangka pulak perkara sebegini berlaku," katanya.
Home »
» Pakaian dalam wanita dicuri ‘gila seks’
Pakaian dalam wanita dicuri ‘gila seks’
Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
lol despos =P
Catat Ulasan