Home » » Rita Rudaini dan Aidil Zafuan didenda kahwin di luar kariah

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan didenda kahwin di luar kariah

Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 08:00:00 PG

RITA berbincang sesuatu dengan Aidil Zafuan di luar bangunan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.

Pasangan itu bakal berdepan hukuman penjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger