Biarpun bersilih ganti pelakon baru hadir mewarnai industri hiburan tanah air, namun ia tidak pernah sesekali menggugat populariti hero drama dan filem tempatan, Rosyam Nor. Meskipun sudah hampir 26 tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pemilik nama Mohamed Noor bin Shamsuddin ini tetap gah di pentas lakonan drama mahupun filem.
Sejak kemunculan pertamanya dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’, saham Rosyam terus laris. Malah rezekinya dalam dunia lakonan tidak pernah putus sehingga kini. Namanya masih gah di puncak populariti sehingga diberi pengiktirafan sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular sebanyak tujuh kali dan lima kali untuk Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Atas pencapaiannya dalam bidang lakonan dan sering muncul sebagai pelakon utama dalam drama mahupun filem, Rosyam telah mendapat gelaran hero nombor satu negara. Malah gelaran itu masih kekal sehingga kini.
Walaupun ada segelintir yang menggelarkannya sebagai hero tua, namun ia tidak pernah mematahkan semangat Rosyam untuk terus membantu menaikkan industri hiburan tanah air ke persada antarabangsa.
Biarpun apa saja tohmahan yang diterima, rezeki penerbit, pengarah dan pengacara ini semakin murah apabila dipilih menjadi duta bagi produk keluaran Ruyi Holdings Sdn Bhd iaitu Zell-V.
“Sebenarnya dalam usia yang semakin meningkat, sebagai selebriti, saya juga takut dengan saingan dari aktor-aktor baru. Tapi alhamdulillah, saya boleh kekal sebagai pelakon nombor satu dan digelar hero Malaysia.
“Dengan perlantikan saya sebagai duta, saya akan jadikan produk ini sebagai makanan kesihatan nombor satu di Malaysia,” ujar Rosyam ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan duta produk Zell V di Hotel Royale Chulan baru-baru ini.
Fokus pada penerbitan drama
Selain bergiat dalam industri hiburan sebagai pelakon dan pengacara, Rosyam turut memiliki sebuah syarikat produksi, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang menghasilkan produk-produk seperti drama, telemovie dan filem. Rosyam yang pernah menerbitkan filem ‘Castello’ turut memberitahu dia kini lebih memfokuskan pengeluaran drama berbanding dengan filem.
“Buat filem pening kepala, lebih baik saya buat drama. Lagipun, saya tak tahu nak buat filem apa. Bila tanya soalan ini, saya pening nak jawab, sebab saya memang tak tahu nak buat filem apa. Saya pernah hantar kertas cadangan untuk buat filem, dan FINAS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Tapi saya tarik balik sebab saya tak nak hutang.
“Semua penerbit filem takut rugi kerana tak semua filem akan laku. Saya rasa buat masa ini untuk filem, belum lagi. Lagipun sekarang syarikat saya lebih banyak komitmen dengan stesen televisyen yang memerlukan bahan.”
Walapun bergelar hero tua, rezeki Rosyam dalam dunia lakonan tidak pernah putus. Rosyam akan muncul dalam beberapa buah drama dan telemovie antaranya, ‘Gelora Di Hati Sara’, ‘Wasiat Keramat’, ‘Bicara Dari Tuhan’ dan ‘Trilogi Cinta’. Dia juga akan muncul dalam filem ‘Estet’, ‘Libas’ dan ‘CE1’ tidak lama lagi.
Nampaknya rezeki pelakon ini bukan saja semakin melimpah ruah dalam bidang lakonan malah juga dalam bidang perniagaan. Rosyam telah melebarkan sayapnya dengan menubuhkan Rosyam Nor Group dan Anak Biah Sudin Sdn Bhd.
Home »
» Rosyam Nor Kekal Hero Malaysia
Rosyam Nor Kekal Hero Malaysia
Written By canang on Ahad, 23 Mei 2010 | 5/23/2010 06:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan