Home » » Suami wanita pakai burqa boleh kena denda, penjara

Suami wanita pakai burqa boleh kena denda, penjara

Written By canang on Rabu, 5 Mei 2010 | 5/05/2010 07:30:00 PG

PARIS: Mengikut undang-undang baru Perancis yang bakal mengharamkan pemakaian burqa, suami wanita yang ditahan memakai tutup muka penuh Islam itu akan berdepan denda £13,000 (RM63,619.75) serta hukuman penjara setahun.

Kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy sedang menderaf satu rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian penutup muka, menjadikan Perancis negara Eropah kedua selepas Belgium melarang pemakaian terbabit.
Menteri negara itu dijangka membuat undian larangan penuh ke atas sesiapa yang menyorokkan wajah mereka di khalayak ramai bermula Julai ini. Namun, dokumen terbocor menunjukkan lelaki akan dihukum lebih berat berbanding wanita.
Wanita akan berdepan denda lebih ringan, iaitu £130 (RM636.27) kerana mereka ‘sering menjadi mangsa yang tidak diberi peluang,’ kata seorang penulis undang-undang.

Mereka yang ditahan tidak akan ‘membuka penutup muka di jalanan,’
sebaliknya dibawa ke balai polis untuk dikenal pasti.

Undang-undang itu akan mencetuskan satu kesalahan baru terhadap kebangkitan menutup muka atas alasan jantina, kata akhbar, Le Figaro.
“Tiada siapa boleh memakai pakaian bertujuan menyembunyikan wajah mereka di khalayak ramai,” lapor akhbar terbabit. Undang-undang terbabit turut membabitkan pelancong Islam.

Sarkozy menggambarkan pakaian itu ‘sebagai menjatuhkan maruah’ dan Menteri Imigresen, Eric Besson menggelar burqa sebagai keranda bergerak.

“Sudah tentu akan ada negara Eropah yang membantah,” kata Menteri Luar, Bernard Kouchner kepada radio Europe 1, merujuk kepada Denmark dan Belanda yang melihat larangan itu sebagai kekangan ke atas kebebasan beragama.

“Amerika Syarikat dilihat cenderung mempertahankan kebebasan beragama dan mungkin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan mahu menunjukkan kami membuat kesilapan dengan melaksanakan undang-undang itu,” katanya. – Agensi
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger