Home » » Toreh Bahagian Sulit Isteri sendiri!!!

Toreh Bahagian Sulit Isteri sendiri!!!

Written By canang on Rabu, 5 Mei 2010 | 5/05/2010 08:00:00 PG

Macam-macam saja kejadian aneh yang berlaku sekarang nie. Jika tak lama dulu kita mendengar pembunuhan kejam sekeluarga kat Gemencheh yang mana dipercayai dilakukan oleh seorang anak yang mendengar bisikan yang mengarahkan dia membunuh ahli keluarganya sendiri. Kali nie pula seorang suami sanggup menoreh kemaluan isterinya sendiri dengan pisau sehingga berlaku pendarahan yang parah kat kemaluan isterinya sendiri kat Melaka....

Begini ceritanya, sampainya hati seorang suami memperlakukan isterinya dengan sekejam itu. Apabila ditanya oleh polis kenapa dia membuat perkara sedemikian, katanya dia mendengar bisikan kat telinganya yang memberitahu bahawa isterinya telah berlaku curang dengan menggadakan hubungan sulit dengan lelaki lain...

Menyingkap bagaimana kejadian nie berlaku. Ketika isterinya lelaki nie sedang memasak untuk menyiapkan santapan ditengahari untuk keluarganya pada ahad lalu, tiba-tiba suaminya datang dari arah belakang lalu langsung memeluk tubuh isterinya dan terus menoreh kemaluan isterinya itu. dengan pisau. Isterinya yang terkejut dan kesakitan berjaya juga melepaskan dirinya dari pelukan suaminya itu...

Isterinya yang dalam keadaan parah ketika tue, menggagahkan juga dirinya meghubungi hospital Melaka untuk mendapatkan bantuan. Pihak polis juga turut sama datang ke rumah tue dan terus memberkas suami kepada isteri malang tersebut.. Jadi apa pandangan korang dengan kes nie dan juga bisikan-bisikan yang menyesatkan ini...???


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger