KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sepatutnya sudah mengundurkan diri daripada menerajui parti itu.
“Saya bukan mewakili UMNO tetapi pergi sebelum orang benci menjadi sebab saya meninggalkan jawatan tertinggi negara tujuh tahun lalu. Saya katakan bahawa seseorang itu mestilah jangan melebihi tempohnya dan yang lain dialu-alukan. Saya fikir beliau berkhidmat lebih lama daripada saya.
“Saya fikir beliau telah mewujudkan satu rekod. Seseorang itu hendaklah berpuas hati dengan kewujudan rekod seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama di Persidangan Meniti Hari Tua Secara Sihat kali ke-lima di sini, semalam.
Sementara itu, Dr Mahathir mahu anggota Jawatankuasa Pusat MIC, S Vell Paari memberi bukti yang jelas bahawa UMNO terlibat dalam perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), Ahad ini.
"Vell Paari tidak boleh menuding jari kepada sesiapa tanpa mengemukakan apa-apa bukti," katanya ketika diminta mengulas dakwaan anak Samy Vellu itu bahawa UMNO terlibat dalam perhimpunan GAS.
Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, yang dipecat daripada parti itu pada 20 Mei lepas, mengumumkan penubuhan GAS untuk mendesak Samy Vellu melepaskan jawatan.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, beliau masih mengkaji persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong.
“Saya belum kenal pasti kebaikan dan keburukan. Saya, pada mulanya, agak semua masalah dapat diselesaikan, tapi ada masalah nampak tidak disentuh,” katanya
Dr Mahathir berkata, antara isu yang belum disentuh adalah air selepas tamat perjanjian pada 2011 dan soal jambatan baru.
“Yang lainnya saya masih kaji sama ada tepat dengan Butir-butir Perjanjian (PoA) yang telah dibuat,” katanya ketika diminta mengulas persetujuan membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjung Pagar, Singapura, dan memindahkan stesen KTM dari situ ke Woodlands.
Beliau berharap lawatan tiga hari Najib ke Singapura Sabtu lepas telah dapat menyelesaikan semua masalah terutamanya berkenaan isu jambatan memandangkan lalu lintas di Tambak Johor semakin sesak
Home »
» Sudah tiba masa Samy undur
Sudah tiba masa Samy undur
Written By canang on Sabtu, 29 Mei 2010 | 5/29/2010 03:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan