Home » » Wanita kahwin 11 lelaki

Wanita kahwin 11 lelaki

Written By canang on Sabtu, 29 Mei 2010 | 5/29/2010 06:00:00 PG

WASHINGTON - Polis Amerika Syarikat (AS) sedang memburu seorang wanita tempatan, Bobbi Ann Finley kerana didakwa mengahwini 11 anggota tentera dalam tempoh 20 tahun dengan tujuan untuk menipu harta mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis menyatakan, modus operandi wanita berkenaan adalah mudah.

Wanita itu akan mengunjungi pangkalan-pangkalan tentera AS untuk mencari askar yang kesunyian dan akan dihantar ke berkhidmat di luar negara.

Suspek kemudian memberitahu mereka bahawa dia ialah anak perempuan seorang jeneral tentera kor Marine yang memiliki banyak harta tetapi hanya boleh mewarisi kekayaan tersebut sekiranya dia telah berkahwin.

Setelah mereka berkahwin, pengantin lelaki dikerah ke luar negara manakala Finley akan menyapu bersih harta dan wang dalam akaun bank mangsa.

Finley kali terakhir dilihat di negeri Washington pada Julai 2009, apabila dia ditangkap kerana membuat kenyataan palsu kepada polis.

Wanita itu tidak hadir pada perbicaraan kesnya. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger