Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengugut mahu mendedahkan salahguna kuasa yang kononnya dilakukan pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya mereka mengkritik tindakannya berpaling tadah.
Wee memberi alasan tindakannya berpaling tadah adalah kerana kecewa dengan tindakan parti Pakatan Rakyat menangani skandal pasir membabitkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
“Jika dia tidak serang saya, saya tidak akan serang dia. Bila dia serang saya, saya bukan atas isu, saya akan dedahkan satu demi satu. Dan pekara ini terlibat atas prinsip utama dalam sebuah Negara yang berdemokrasi. Jadi jangan paksa saya,” kata Wee dalam satu sidang media.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff bagaimanapun membidas latahan Wee Choo Keong ini dan berkata dakwaan rasuah membabitkan KKSB itu telah didedahkan Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam.
Satu laporan polis juga telah difailkan, manakala Kerajaan Negeri meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan ( SELCAT ) untuk menyiasat operasi KKSB.
“Kalau betullah ada perkara yang tidak baik dalam Pakatan Rakyat, saya sendiri pun tidak akan teragak- agak. Kita tidak pernah berkompromi apatah lagi dalam perkara yang menipu rakyat,” kata Yusmadi.
“Wee tidak melakukan apa- apa selain menulis di blog. Kami ahli parlimen yang lain bergesa, bergegas dari Kelantan, Pulau Pinang, Kedah serta Perak, datang dan mencadangkan secara konstraktif macamana mahu menyelesaikan dakwaan penyelewengan pasir itu. Kita tidak lari dari masalah.
Tetapi beliau tidak pernah terlibat. Tetapi hanya tahu mengkritik. Bagi saya, dia pemimpin yang pandai merunggut saja,” tambah Yusmadi.
Home »
» Wee Hanya Tahu Merunggut, Enggan Libatkan Diri Selesaikan Masalah Rakyat
Wee Hanya Tahu Merunggut, Enggan Libatkan Diri Selesaikan Masalah Rakyat
Written By canang on Ahad, 16 Mei 2010 | 5/16/2010 07:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan