Home » » Denda RM2,000: Tian Chua mohon rayu keputusan mahkamah

Denda RM2,000: Tian Chua mohon rayu keputusan mahkamah

Written By canang on Selasa, 29 Jun 2010 | 6/29/2010 07:21:00 PTG

PUTRAJAYA 29 Jun – Ahli Parlimen (MP) Batu, Tian Chua, yang tidak pasti tentang statusnya sebagai wakil rakyat, memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan hari ini supaya membenarkan beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Jun lepas yang mendendanya RM2,000 kerana mencederakan seorang anggota polis.

Tian Chua perlu berbuat demikian kerana kesnya berasal dari Mahkamah Majistret.

Dalam permohonan beliau, Tian Chua, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, 47, juga memohon agar dia diberi tempoh lanjutan selama 14 hari untuk memfailkan dan mengemukakan notis rayuan.

Dalam afidavitnya, Tian Chua berkata, beliau wajar diberi kebenaran membuat rayuan kerana terdapat 13 persoalan undang-undang yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antara persoalan itu ialah sama ada denda RM2,000 yang dikenakan itu menghilangkan kelayakannya sebagai Ahli Parlimen mengikut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Disember 2007. – Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger