RAWANG - Polis menahan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun kerana disyaki membuang seorang bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, remaja itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran kawasan itu kira-kira pukul 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih bertali pusat itu.
"Ketika kejadian, penghuni rumah itu yang merupakan seorang suri rumah sedang sibuk membersihkan rumahnya. Tiba-tiba, dia terdengar bayi menangis lalu terus ke bahagian belakang rumahnya dan ternampak seorang bayi yang dibalut dengan kain,” katanya dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, selepas menerima panggilan daripada suri rumah itu, polis segera ke tempat kejadian.
"Hasil maklumat orang awam, kita menahan seorang remaja perempuan dan daripada siasatan ke atasnya, polis menemui uri bayi berhampiran lokasi bayi itu dijumpai,” katanya.
Abdul Rahim berkata, remaja itu yang menumpang di rumah ibu saudaranya dan bayi itu dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. - Bernama
Home »
» Remaja perempuan ditahan disyaki buang bayi
Remaja perempuan ditahan disyaki buang bayi
Written By canang on Selasa, 29 Jun 2010 | 6/29/2010 06:02:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan