KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi itu minggu lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam yang dilantik dan akan menamakan beberapa tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan editorial akhbar itu.
Katanya antara pemimpin PKR yang mungkin disaman ialah Ketua PembangkangDatuk Seri Anwar Ibrahim, Anggota Majlis Tertingginya Datuk Zaid Ibrahim,Pengerusi Biro Felda Suhaimi Said, Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa DatukDr Tan Kee Keong, Anggota Parlimen Kuala Terangganu Abdul Wahid Endut, pemilikpermit akhbar dan Ketua Pengarang Suara Keadilan.
Akhbar Suara Keadilan pada keluaran bertarikh 22-26 Jun lepas menyiarkanberita utama di muka hadapan bertajuk "Felda Bangkrap" (ejaan betul Bankrap) danempat lagi artikel di dalam keluaran sama.
Bercakap pada satu sidang akhbar di ibu pejabat Felda, di sini hari ini, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno, pembangkang bersifat hasad dengki denganhasil usaha pembangunan Felda sebagai tanah bersepadu paling berjaya di dunia,termasuk melahirkan 225,270 peneroka di 317 buah tanah rancangan sejak dimulakanpada 1956. Beliau berkata Felda adalah antara pemilik ladang terbesar di dunia denganmemiliki 340,000 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1bilion setahun dalam tempoh enam tahun lepas.
"Felda mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, China dan ArabSaudi, kedudukan kewangan Felda kini sangat kukuh berdasarkan nisbah kewangan.Aset bersih sekarang berjumlah RM12.2 bilion," katanya.
"Tuduhan Felda bankrap adalah keterlaluan... akhbar ini (Suara Keadilan)dijual di merata-rata. Tajuknya "Felda Bangkrap", titik. Bukan mempunyai tandasoal. Kalau sebut mungkin bankrap lain sikit atau ada tanda soal," katanya.
Turut hadir pada sidang akhbar itu Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli AbdWahab, Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan & Kewangan) Felda Suhaimi Zainuddinbersama 22 Ketua Peneroka Felda di seluruh negara.
Ketua Peneroka Wilayah Sahabat di Sabah, Abu Haris Mashuddin, 55, berkatapeneroka di seluruh negara termasuk Sabah tidak mempercayai dakwaan yangbersifat menghasut rakyat.
Ketua Penerokawati Wilayah Raja Alias dari Felda Jelai 2, Gemas, NegeriSembilan, Ramlah Jelani, 55, berkata artikel itu tidak memberi gambaran sebenarmengenai Felda memandangkan organisasi itu memberikan peruntukan mencukupi bagipeneroka pada setiap tahun. - BERNAMA
Home »
» Felda Akan Saman Akhbar Suara Keadilan
Felda Akan Saman Akhbar Suara Keadilan
Written By canang on Sabtu, 26 Jun 2010 | 6/26/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan