MELAKA: Grafiti di kawasan tandas atau lebih dikenali 'iklan jamban' kini dikesan semakin banyak menguasai kemudahan awam itu di bandar raya ini dan jika dibiarkan, boleh mampu menjejaskan imej negeri ini.
Tinjauan Berita Harian mendapati hampir semua contengan yang dilakukan itu, kelihatan dibiarkan begitu saja tanpa ada sebarang usaha daripada mana-mana pihak, termasuk pengusaha di situ untuk membersihkannya.
Berdasarkan pengamatan, kebanyakan tulisan atau gambar yang dipaparkan adalah dalam bentuk menjijikkan serta jelik atau berbau lucah, sekali gus boleh menimbulkan pelbagai reaksi tidak selesa pengguna kemudahan awam berkenaan.
Kunjungan Berita Harian di beberapa tandas awam di sekitar medan selera, hospital, balai polis, stesen minyak dan bas di bandar raya ini mendapati kebanyakan ‘iklan jamban’ di tandas lelaki menggunakan ayat lucah, selain dilengkapi dengan nombor telefon bimbit.
Ada yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Turut ditemui, tulisan berbentuk kecaman dan berbaur perkauman, selain sumpahan dan maki hamun yang boleh menimbulkan perasaan marah dan mengguris perasaan .
Selain itu, ada juga iklan yang menawarkan gadis untuk ditiduri dengan bayaran tertentu serta laman web lucah. Tidak ketinggalan ada juga contengan yang dipercayai dilakukan golongan gay apabila mengiklankan `perkhidmatan’ dengan bayaran tertentu. Kebanyakannya menggunakan ayat berkias seperti 'stor kunyit'.
Seorang pengguna, Azhar Abd Aziz, 40, berkata perbuatan individu yang suka menconteng pintu dan dinding tandas awam itu perlu ditangani segera bagi mengelak nama baik negeri ini terutama kepada pelancong, terjejas.
"Saya berasa malu dengan perkara seperti ini. Misalnya, negara jiran kita Singapura berjaya mendidik warganya menjaga kebersihan tandas awam sejak 50 tahun lalu, tetapi kita di sini masih terkial-kial dan terus berbelanja besar setiap tahun mengadakan kempen kebersihan tandas,“ katanya.
Rakannya, Mohd Idham Zainal, 26, berkata, beliau berasa malu dengan kewujudan iklan jamban itu kerana kebanyakannya berunsur lucah.
"Saya memang jijik dengan ‘iklan jamban’ ini. Sukar membayangkan moral pelakunya yang tentunya terdiri individu gila seks," katanya.
Dalam pada itu, seorang petugas kontraktor pembersihan tandas awam milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 41, berkata, contengan lucah itu bukan setakat berlaku di tandas lelaki malah tandas wanita.
"Saya kini lebih berwaspada dengan meneliti gelagat mereka yang memasuki tandas. Saya percaya, pelakunya terdiri remaja sekolah atau individu bermoral rendah yang sengaja mahu mengaibkan nama seseorang.
"Saya pernah menghubungi nombor yang diconteng tetapi berdasarkan gaya bahasanya, saya yakin gadis yang saya hubungi itu remaja yang baik. Mungkin nombor telefonnya menjadi mangsa individu tertentu yang ada menyimpan niat tidak baik terhadapnya,“ katanya.
Home »
» 'Iklan jamban' di premis awam tawar perlakuan lucah
'Iklan jamban' di premis awam tawar perlakuan lucah
Written By canang on Jumaat, 25 Jun 2010 | 6/25/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan