SACRAMENTO: California mempertimbangkan cadangan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan digital yang membolehkan ia bertukar menjadi iklan dalam kesesakan jalan raya.
Langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan California mengumpul dana bagi mengimbangi defisit belanjawan bernilai RM60.9 bilion ketika ini.
Menurut senator California, Curren Price, nombor pendaftaran digital itu akan kelihatan seperti biasa apabila kenderaan terbabit bergerak di jalan raya.
Apabila kenderaan itu berhenti lebih dari empat saat dalam kesesakan atau lampu isyarat merah, iklan tertentu akan muncul untuk dilihat penumpang kereta di belakang.
Hanya sebahagian kecil daripada ruang plat itu akan tetap memaparkan nombor pendaftaran pada setiap masa.
Katanya, pengiklan boleh membeli ruang itu daripada Jabatan Kenderaan Bermotor.
“Pemandu juga boleh memaparkan mesej peribadi pada plat kenderaan masing-masing, seperti nama pasukan kegemaran mereka,” katanya.
Bagaimanapun, kata Price, mesej lucah tidak akan dibenarkan.
Ruang itu juga boleh digunakan untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, seperti kehilangan kanak-kanak atau ada maklumat lalu-lintas.
Kata Price, California cuba menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat memperkenalkan teknologi itu.
“Rang undang-undang mengenainya sedang diteliti untuk memastikan tahap keselamatannya,” katanya.
Menurut Price, kerajaan California cuba mencari kaedah kreatif untuk menjana pendapatan tambahan.
“Ia adalah gabungan teknologi dengan keperluan serta potensi di California,” katanya. - Agensi
Home »
» Plat kereta digital bertukar menjadi papan iklan sumber dana
Plat kereta digital bertukar menjadi papan iklan sumber dana
Written By canang on Jumaat, 25 Jun 2010 | 6/25/2010 03:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan