Home » » Kementerian Belum Serah Lesen Judi Pada Ascot

Kementerian Belum Serah Lesen Judi Pada Ascot

Written By canang on Isnin, 7 Jun 2010 | 6/07/2010 08:43:00 PTG

Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan peraruhan judi sukan.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook.

Share this article :

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Boleh percaya ke....depa ni bukan boleh harap sangat....pembelit nombor wahid atas planet ni.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger