Home » » Lima warga Islam AS dipenjara

Lima warga Islam AS dipenjara

Written By canang on Sabtu, 26 Jun 2010 | 6/26/2010 08:00:00 PTG

KABUL - Lima lelaki Islam warga Amerika Syarikat (AS) dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun setiap seorang selepas didapati bersalah atas dakwaan berkaitan keganasan oleh sebuah mahkamah di Pakistan, kelmarin.

Bagaimanapun, kesemua defenden mendakwa mereka diseksa semasa dalam tahanan dan diperangkap oleh polis Pakistan.

Menurut peguam, kesemua defenden yang berasal dari Washington itu didapati bersalah atas tududan merancang beberapa serangan di Pakistan dan menyalurkan wang kepada sebuah kumpulan militan.

Kesemua lelaki itu dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kelima-lima suspek didakwa menghubungi seorang lelaki yang dikaitkan dengan kumpulan militan Al-Qaeda melalui internet.

Kes terbaru itu meningkatkan kebimbangan AS berhubung penglibatan rakyatnya yang dikaitkan dengan kes keganasan.

Terdahulu, seorang lelaki AS ditahan selepas didakwa cuba meletupkan bom kereta di tengah-tengah pusat bandar New York, pada 1 Mei lalu.

Faisal Shahzad, warga AS berdarah Pakistan, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut semasa perbicaraan kes itu, awal minggu ini.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger