Home » » Padah edar gambar bogel sendiri, pengawal keselamatan dipenjara enam bulan

Padah edar gambar bogel sendiri, pengawal keselamatan dipenjara enam bulan

Written By canang on Sabtu, 5 Jun 2010 | 6/05/2010 07:00:00 PG

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan yang menyebarkan gambar lucahnya melalui beberapa laman web di internet, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Shahrom Mahadi, 45, dari Taman Melawati di sini, mengaku bersalah di hadapan Hakim Azizah Mahamud.

Terdahulu, bapa kepada enam anak itu mengaku tidak bersalah bagi enam pertuduhan asal iaitu memuatkan beberapa keping gambar bogelnya melalui beberapa laman web dan enam pertuduhan alternatif iaitu menyebarkan gambar lucahnya itu di internet.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu pada 27 Februari tahun lalu, di pejabat Bahagian Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana, Jalan Dato Onn di sini, tempat dia dipanggil untuk soal siasat polis.

Walaupun Shahrom dibebas dan dilepaskan daripada enam pertuduhan asal, mahkamah mensabitkan kesalahan bagi enam pertuduhan pilihan selepas menerima pengakuan bersalahnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger