Home » » Presiden paling miskin harta cuma bernilai RM6,200

Presiden paling miskin harta cuma bernilai RM6,200

Written By canang on Ahad, 6 Jun 2010 | 6/06/2010 10:00:00 PG

MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).

Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.

Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP
Share this article :

2 ulasan:

Norham berkata...

Adakah pemimpin begini di Malaysia ?

Norham berkata...

Adakah pemimpin begini di Malaysia ?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger