Home » » 2 wanita didakwa lacur pelajar

2 wanita didakwa lacur pelajar

Written By canang on Selasa, 20 Julai 2010 | 7/20/2010 05:30:00 PTG

Selepas dua minggu terbongkar kisah pelacuran membabitkan pelajar sekolah di negeri ini, dua wanita akhirnya dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pertama selepas Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar membacakan fakta kes.

Dalam pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bagi maksud eksploitasi pelajar itu di Hotel Everyday, 312 A.B.C di Jalan Tun Ali pada Mei lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger