Home » » Hukuman mati terhadap pembunuh pelakon Kipas Anggun dikekalkan

Hukuman mati terhadap pembunuh pelakon Kipas Anggun dikekalkan

Written By canang on Selasa, 20 Julai 2010 | 7/20/2010 09:30:00 PTG

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabit kesalahan dan hukuman mati terhadap dua lelaki kerana membunuh pelakon Singapura Una Angelia Oliveiro pada 2001.

Hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud membuat keputusan bahawa mahkamah itu tidak mempunyai alasan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana hakim perbicaran telah menimbang dengan teliti bukti yang dikemukakan saksi pendakwa dalam kes itu.
Panel tiga orang hakim itu menolak rayuan penganggur Mohd Fazli Ismail, 28, dan jurusolek Esma Faizul Zainul Nor, 39, untuk mengetepikan sabit kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadap mereka oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Oktober tahun lalu.
Click Here
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger