Home » » Mayat Wanita berbogel dipercayai dibunuh diikat pada anak pokok

Mayat Wanita berbogel dipercayai dibunuh diikat pada anak pokok

Written By canang on Selasa, 20 Julai 2010 | 7/20/2010 11:00:00 PTG


MACHANG: Penduduk kampung di Pulai Chondong di sini, gempar apabila menemui mayat seorang perempuan bogel dalam keadaan terapung dengan kaki kanannya diikat pada anak pokok di Sungai Bagan di kampung itu, petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat perempuan itu ditemui pada jam 1.15 petang oleh beberapa penduduk kampung dan pihaknya mempercayai mangsa dibunuh berdasarkan beberapa kesan tikaman
 ( Hanya gambar hiasan)
 "Mayat perempuan itu dipercayai berumur 20-an dan ketika ditemui di bahagian dadanya terdapat kesan tikaman manakala kaki kanannya diikat pada anak pokok di sungai itu.

"Kita percaya kejadian itu berlaku dalam tempoh seminggu yang lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mazlan berkata, pihaknya juga menjumpai seluar jeans yang dipercayai milik mangsa kira-kira 250 meter dari tempat kejadian dan tidak terdapat sebarang dokumen pengenalan mangsa ditemui.

Beliau berkata, berikutan itu polis mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, Mazlan meminta ibu bapa yang kehilangan anak perempuan supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya.-Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger