Home » » Ahli Parlimen Berpendapat Bank Seolah-olah Lebih Besar Dari Kerajaan

Ahli Parlimen Berpendapat Bank Seolah-olah Lebih Besar Dari Kerajaan

Written By canang on Rabu, 14 Julai 2010 | 7/14/2010 06:35:00 PTG

KUALA LUMPUR: Tindakan ganas ala gangster oleh sesetengah penarik kenderaan telah mendapat perhatian ahli-ahli Dewan Rakyat.

Beberapa Anggota Parlimen mahu kerajaan dan institusi kewangan mengambil tindakan serius memantau aktiviti golongan itu yang disifatkan sering menyusahkan pengguna khususnya pemilik kenderaan.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika membahaskan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010, berkata, kerajaan perlu mencari jalan atau mekanisme agar amalan penarik kenderaan dapat dipantau dengan lebih efektif.

"Pada masa kini tidak ada sebarang undang-undang yang menyeragam atau mengawal amalan penarik kenderaan. Yang ada cuma 'Guidelines on the Appointment and Conduct of the Repossessor', yang dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Kewangan Malaysia," katanya.

Beliau juga berkata, selain diugut dengan tindakan ganas, pelanggan juga dikenakan caj yang tinggi sebagai bayaran bagi penarikan balik dan penyimpanan kenderaan.

"Adalah dicadangkan agar caj tersebut dinilai dan dipertimbangkan supaya satu carta garis panduan berkenaan caj ini dikeluarkan dan dijadikan sebahagian daripada akta.

"Pada masa sekarang caj penarikan kereta dan penyimpanan ditentukan secara sesuka hari oleh pihak bank," katanya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) juga turut mencadangkan agar amaran dikeluarkan kepada pihak bank supaya tidak menggunakan khidmat penarik kenderaan "samseng".

"Saya tertarik dengan hujah iaitu pihak bank menggunakan rangkaian samseng atau rangkaian gangster untuk menarik kereta... ini bukan tidak diketahui umum, (tetapi) diketahui ramai bahkan berlaku di seluruh negara apabila pihak bank mengiktraf kumpulan samseng menjadi (wakil) menyita kereta dengan (menggunakan)kekerasan, ancaman dan sebagainya.

"Apakah ini tidak dilihat sebagai satu masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan dan kementerian?" katanya.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) pula berkata, walaupun pelbagai langkah dilaksanakan oleh kerajaan demi kebaikan rakyat termasuk larangan merujuk data peribadi seseorang kepada syarikat rujukan kredit seperti CTOS Sdn Bhd, sehingga kini ia masih tidak dihiraukan oleh bank.

"Saya dapati dari pemantauan saya, pihak bank ini nampaknya lebih besar daripada kerajaan kerana banyak yang telah dibincangkan dalam dewan dan diputuskan dan kerajaan pun mengambil tindakan untuk tentukan bank-bank ini berlaku adil dan juga mesra pelanggan, nampaknya tidak begitu dihiraukan.

"Pihak bank masih gunakan dan masih rujuk kepada agensi-agensi ini padahal kita dah bincang dalam Parlimen dulu dan kerajaan pun dah setuju yang mana pihak bank tidak seharusnya dengan sewenang-wenangnya menggunakan atau merujuk maklumat pelangan kepada agensi-agensi ini seperti CTOS.

"Begitu juga dengan soal sewa beli. Mereka gunakan orang bertindak kasar seperti yang disebut oleh (wakil) Kinabatangan, dan ada yang lebih samseng daripada samseng. Ini pun bukan bank tak tahu dan ini tak patut diguna pakai. Mereka ini lebih kurang ah long juga dari tindak-tanduk mereka," katanya.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula mencadangkan supaya pinjaman 100 peratus tidak diberikan kepada rakyat di negara ini bagi memastikan mereka bebas hutang.

"Saya mencadangkan supaya pembelian kereta dikenakan deposit 30 peratus bagi kenderaan tempatan dan 50 peratus bagi kenderaan import. Inilah penyakitnya bila seorang beli kereta tanpa deposit dan ada pula yang tak ada kerja menyebabkan mereka tidak mampu bayar dan berhutang," katanya.

Ibrahim turut mencadangkan supaya pindaan akta itu akan membolehkan urusan pembelian hartanah dilakukan secara sewa beli bagi memudahkan golongan Bumiputera memiliki aset.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger