KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Azlina Che Abdullah mendakwa perniagaan Restoran Nasi Dagang House yang dikongsinya dengan pelakon dan pengacara Sheila Rusly lima tahun lepas ditutup kerana Sheila gagalmenguruskan restoran itu mengikut giliran.
Katanya Sheila juga tidak berpuas hati dengan dua draf perjanjian yangdibuat oleh peguam yang mewakili Azlina berhubung perniagaan perkongsian ituyang tutup sebulan selepas dibuka.
Azlina, 43, memberitahu demikian kepada Mahkamah Tinggi hari ini dalamperbicaraan kes saman Sheila, 39, terhadap Azlina yang menuntut semula modalsebanyak RM55,000 yang dilaburkan dalam restoran itu.
"Soal penganiayaan tidak timbul kerana saya telah memberi ruang kepadaSheila dengan bersetuju untuk memberi pegangan keuntungan sama rata walaupunmodal yang dikeluarkan oleh saya iaitu RM67,700 melebihi modal yang dikeluarkanoleh Sheila iaitu RM55,000," katanya.
Azlina turut menyatakan rakan kongsinya itu tidak bersetuju dengan drafperjanjian yang dikemukakan terutamanya soal gaji beliau iaitu RM3,900 sebulandan bukan RM3,000 seperti yang dicadangkan oleh Sheila.
Katanya penambahan gaji itu wajar kerana beliau telah bertungkuslumus memasak dan menghabiskan masa di restoran itu terutamanya di dapursehingga tiada masa untuk menguruskan syarikat-syarikatnya yang lain.
Azlina memberitahu mahkamah bahawa beliau telah meminta Sheila untukmenyelesaikan masalah perjanjian ini dengan kadar segera dan sekiranya tiadapenyelesaian, maka beliau terpaksa membuat keputusan untuk menutup restorantersebut.
"Saya telah banyak kali menghubungi dan menghantar pesanan khidmat ringkas(SMS) kepada Sheila untuk membincangkan berkenaan restoran itu, tetapi Sheilatidak menjawab panggilan saya," katanya.
Azlina berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam pengurusanrestoran itu yang boleh menyebabkan Sheila meminta balik wang modalnya.
"Saya yang telah menguruskan Restoran Nasi Dagang sepanjang restoran ituberoperasi pada 11 Julai 2005 hingga 30 Ogos 2005 dan saya tidak menyebabkanrestoran ini tutup, tetapi ianya ditutup atas kegagalan Sheila mematuhi penggiliran untuk menguruskan restoran ini," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Yee Lan bersambungesok.
Pada 21 Jan 2006, Sheila menfailkan saman terhadap Azlina atas dakwaan gagalmematuhi terma-terma kontrak antara mereka dan menuntut semula modal sebanyakRM55,000 yang dimasukkannya ke dalam perniagaan perkongsian itu. - BERNAMA
Home »
» Sheila Rusly Gagal Urus Restoran, Dakwa Rakan Kongsi
Sheila Rusly Gagal Urus Restoran, Dakwa Rakan Kongsi
Written By canang on Rabu, 14 Julai 2010 | 7/14/2010 11:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan