Home »
» AMY Search jual koleksi jubah sendiri
AMY Search jual koleksi jubah sendiri
Written By canang on Jumaat, 9 Julai 2010 | 7/09/2010 07:30:00 PTG
CERITA ini barangkali berangkai dengan kisah Zahid. Terlanjur Cik Normah menyebut nama Amy Search, teringat pula Cik Normah dengan kisah bahawasanya vokalis lagenda kumpulan Search itu akan memiliki serta menjual koleksi jubah bagi rangkaian lelaki pula.
Bagus juga kalau cerita yang Cik Normah dengar ini menjadi kenyataan. Bukan apa, kalau di pasaran, selalu kita dengar ada macam-macam koleksi jubah wanita yang dijual berbanding lelaki. Cik Normah pun selalu dapat hadiah berupa jubah lelaki untuk suami yang selalunya dibeli saudara dan teman yang baru pulang dari Tanah Suci Makkah ataupun Indonesia.
Difahamkan ketika ini, Amy Search sedang mencari bahan kain yang sesuai untuk dijadikan jubah. Material yang dicari itu bukannya di Malaysia tetapi di luar negara. Kalau jadi, koleksi jubah ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya tahun depan. Jadi, boleh Cik Normah belikan beberapa helai jubah kepada suami kelak.
Dengar cerita, bapa kepada pelakon dan pengacara Nabila Huda itu pun akan memastikan dirinya memakai jubah setiap Jumaat. Malah isteri kesayangannya, Nourish pun pernah mengusik suaminya itu dengan panggilan Ustaz Suhaimi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan