DURBAN: Selepas menyaksikan Sepanyol menewaskan anak buahnya, jurulatih Jerman, Joachim Loew, berpendapat Sepanyol mampu menumbangkan Belanda di medan pertarungan final Piala Dunia nanti.
“Saya pasti Sepanyol akan muncul juara,” kata Loew selepas pasukannya tewas 1-0 di separuh akhir, kelmarin. “Mereka pasukan terbaik. Mereka akan mengalahkan Belanda,” katanya.
Sepakan sudut yang ditanduk masuk Carles Puyol pada separuh masa kedua memastikan kemenangan Sepanyol, dan biarpun Loew menjelaskan pertahanannya sepatutnya menolak keluar bola itu, dia menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
“Saya pasti Sepanyol mampu memenangi mana-mana perlawanan kerana mereka menguasai perlawanan dan sukar mengekang serangan mereka
“Kini, Sepanyol membuktikan mampu menewaskan siapa saja. Dalam tempoh dua, tiga tahun lalu, mereka membuktikan kehebatan sebagai pasukan terbaik dengan kerjasaman sepasukan yang tinggi. Kawalan bola mereke begitu mantap hingga kami tidak mampu menerapkan corak permainan kami,” kata Loew.
Loew berkata, ketika bertarung di Stadium Moses Mabhida itu, pasukannya terlalu menumpukan bahagian tengah, tetapi gagal bergerak dari bahagian pertahanan ke serangan dengan panats, biarpun taktik yang sama berjaya menundukkan England dan Argentina sebelum ini.
Katanya lagi pasukannya tidak sepatutnya memberi ruang kepada Puyol menanduk bola menerusi sepakan sudut.
Paul si sotong kurita yang berjaya meneka dengan betul setiap keputusan perlawanan Piala Dunia membabitkan Jerman, bakal melakukan satu lagi ramalan perlawanan iaitu di antara Sepanyol dan Belanda.
Akuarium Hidupan Laut Oberhausen mengesahkan semalam, Paul akan memilih perlawanan yang di luar kebiasaannya apabila buat pertama kali memilih pemenang bagi perlawanan yang tidak membabitkan negaranya (Jerman).
Jurucakap akuarium berkenaan, Tanja Munziq berkata, peminat bola sepak itu akan membuat pilihan bagi perlawanan Jerman menentang Uruguay awal pagi Ahad nanti di Johannesburg.
Ia disayangi media Jerman sepanjang Piala Dunia sehinggalah dia dengan betul memilih Sepanyol yang akan menang mengatasi Jerman dalam perlawanan awal pagi semalam.
Kebanyakan warga Jerman kini membayangkan untuk menjadikannya salah satu menu masakan kegemaran mereka. - AP
Home »
» 'Sepanyol juara baru dunia dan Ramalan terakhir Paul
'Sepanyol juara baru dunia dan Ramalan terakhir Paul
Written By canang on Jumaat, 9 Julai 2010 | 7/09/2010 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan