Home » » 'Indian Beef' sebenarnya daging kerbau - Noh

'Indian Beef' sebenarnya daging kerbau - Noh

Written By canang on Ahad, 18 Julai 2010 | 7/18/2010 08:43:00 PTG

ALOR STAR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta orang ramai tidak terkeliru dengan daging yang diimport dari India sebagai daging lembu kerana ia sebenarnya adalah daging kerbau.

Katanya, daging itu dibenarkan untuk diimport tetapi istilah "Indian beef" menyebabkan ramai orang memikirkannya sebagai daging lembu, sedangkan di India ada undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu. "Kita tidak mahu orang ramai terkeliru. Harganya yang murah menyebabkan ia agak popular dan dibeli terutama untuk kenduri-kenduri..."daging kotak" sebenarnya daging kerbau," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.

Katanya, Malaysia mengimport kira-kira 80,000 tan metrik daging dari India setiap tahun.

Sementara itu, Noh berkata mulai sekarang permit import (AP) bagi mengimport daging dan ayam terutama bagi musim perayaan akan dihadkan kepada tiga bulan sahaja dan selepas itu perlu diperbaharui.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata kementerian itu sedang dalam perancangan mewujudkan pusat latihan pada tahun depan bagi melatih modal insan di kementerian itu.
"Sekarang ini, kementerian tiada pusat latihan sendiri tetapi agensi-agensi ada pusat latihan masing-masing. Sekarang kita mahukan satu pusat untuk melatih dan menyatukan semua kakitangan di kementerian, tiga jabatan dan sembilan agensi," katanya. Katanya kementerian sedang mengenal pasti lokasi untuk pusat latihan itu dan mungkin hanya akan menaik taraf pusat latihan yang sedia ada untuk dijadikan pusat latihan khas kementerian.

Noh juga melahirkan rasa hairan bagaimana peruntukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berjumlah RM40 juta tahun ini masih banyak yang belum diagih-agihkan ke negeri-negeri. "Kita akan siasat bagaimana ada jumlah yang tersangkut. Mungkin ada masalah komunikasi atau salah faham tentang arahan Perbendaharaan yang menyebabkan perkara itu berlaku," katanya.-Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger