KUALA LUMPUR: Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di perairan negara semalam dari limbungan pembinaannya di Madrid, Sepanyol.
Kapal selam jenis Scorpene yang dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 8 Oktober 2008 itu kini dalam perjalanan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut untuk sambutan rasminya hari ini. Menurut kenyataan TLDM, sambutan rasmi sebelah petang akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin. KD Tun Razak dinamakan bersempena Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara. KD Tun Razak yang dikendalikan 31 kru bergerak menggunakkan diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. - Bernama
Home »
» Kapal selam kedua tiba dari Sepanyol
Kapal selam kedua tiba dari Sepanyol
Written By canang on Jumaat, 2 Julai 2010 | 7/02/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan