Home » » Saman Suara Keadilan, PKR Tunggu Di Mahkamah

Saman Suara Keadilan, PKR Tunggu Di Mahkamah

Written By canang on Jumaat, 2 Julai 2010 | 7/02/2010 10:30:00 PG

Felda hari ini menyerahkan surat saman kepada Suara Keadilan atas pendedahan akhbar itu bersabit dakwaan salah urus wang perbadanan itu sehingga rizabnya susut 60 peratus dalam tempoh lima tahun.

Dalam laporan itu, akhbar milik Parti Keadilan Rakyat menyatakan kemungkinan Felda akan bankrap jika wangnya terus digunakan secara boros.

Ini termasuk lebih RM 600 juta untuk membina ibu pejabat baru di segi tiga emas kuala lumpur.

Selain itu dana Felda juga disalurkan untuk projek-projek seperti membina kolej yang tidak ada kaitan dengan kebajikan peneroka.

“Kandungan notis berkenaan antara lain menuntut gantirugi atas kerosakan reputsai Felda disebabkan tuduhan Felda bankrap yang terkandung dalam akhbar Suara Keadilan Bil.237 bertarikh 22-29 Jun 2010 dengan tajuk utama ‘Felda Bankrap" ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata, notis berkenaan akan diteliti.

“Kita akan teliti notis tuntutan tersebut yang meminta Suara Keadilan memberi gantirugi RM200 juta dan permohonan maaf dan saya percaya juga kita akan jawap dan kemudiannya menunggu sekiranya mereka akan mengfailkan saman atau tidak".

“Kalau mereka mengfailkan saman, kita akan bertindak mengikut saluran undang-undang dengan menggunakan mahkamah untuk mencabar saman malu tersebut.”
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger