BANGKOK: Seorang lelaki Australia berusia 90 tahun didakwa menahan secara salah dan merogol empat adik-beradik perempuan di rumahnya di utara Thailand, kata polis semalam.
Joseph Kraus Karl kelahiran Jerman ditahan di rumahnya di wilayah Chiang Mai kelmarin selepas polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak terbabit.
Gadis Thailand itu berusia tujuh, 11, 12 dan 14 tahun didakwa didera berulang kali selepas dijemput untuk melawat kediaman Karl pada 2008.
“Pada mulanya dia menafikan semua tuduhan dan hanya akan memberi keterangan di mahkamah,” kata kolonel polis, Kritapol Yeesakorn.
Karl, yang berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun jika sabit kesalahan dilahirkan di Berlin.
Dia kemudian mendapat kewarganegaraan Australia, namun polis berkata, dia sudah tinggal di Thailand selama beberapa tahun, walaupun visanya sudah tamat tempoh. – AFP
Home »
» Lelaki 90 tahun didakwa merogol empat beradik
Lelaki 90 tahun didakwa merogol empat beradik
Written By canang on Khamis, 1 Julai 2010 | 7/01/2010 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan