LOS ANGELES 8 Julai - Bintang iCarly, Miranda Cosgrove kagum dengan bintang-bintang Hollywood, walaupun dia sendiri merupakan remaja paling popular dan berpengaruh melalui kemunculannya dalam beberapa rancangan televisyen.
Kini selebriti berusia 17 tahun itu terlibat merakamkan suaranya untuk salah satu watak dalam filem animasi 3D, Despicable Me yang dijadual ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) Jumaat ini.
Ketika kali pertama tiba di tempat letak kereta studio berkenaan, Cosgrove lari dan menyerbu pelakon popular, Julie Andrews.
"Saya dan ibu saya tidak pernah ketinggalan menonton filem lakonan seperti Sound of Music dan Victor/Victoria.
"Pada mulanya saya sangat gementar kerana dia adalah seperti seorang ratu. Setelah mengenalinya, saya mendapati dia seorang wanita yang baik," katanya kepada pemberita.
Selain Cosgrove dan Andrews, bintang lain yang turut merakamkan suara untuk watak dalam filem animasi berkenaan ialah Jason Segal, Russell Brand, Will Arnett dan Kristen Wiig.
Penglibatan Cosgrove dalam filem berkenaan dijangka mampu menarik lebih ramai penonton remaja perempuan.
Rancangan iCarly di Nickelodeon yang kini masuk musim ketiga, merupakan rancangan kanak-kanak paling diminati di AS.
Selain itu, Cosgrove merupakan selebriti televisyen yang menerima bayaran paling tinggi apabila menerima AS$180,000 (RM 577,081) untuk kemunculannya pada setiap episod.
"Saya bangga kerana berpeluang terlibat dengan iCarly, malah saya seronok apabila penonton menggemari rancangan itu," jelasnya. - REUTERS
Home »
» Miranda Cosgrove artis remaja terima bayaran tertinggi
Miranda Cosgrove artis remaja terima bayaran tertinggi
Written By canang on Jumaat, 9 Julai 2010 | 7/09/2010 10:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan