Home » » Najib Kecut, Pendakwaraya Perancis Bakal Soal Bala Pasal Altantuya Di Paris 8 Malam Ini

Najib Kecut, Pendakwaraya Perancis Bakal Soal Bala Pasal Altantuya Di Paris 8 Malam Ini

Written By canang on Isnin, 12 Julai 2010 | 7/12/2010 07:13:00 PTG

SHAH ALAM 12 Julai - Isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kaitan beliau
dengan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dijangka akan ditimbulkan oleh pihak pendakwaraya Perancis apabila menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini di Paris.

Peguam beliau, Americk Sidhu memberitahu Suara Keadilan, Bala yang kini berada di kota raya itu
dijangka memberi keterangan kepada pihak pendakwaraya Perancis pada pukul 2.00 petang waktu
Paris atau 8.00 malam waktu tempatan hari ini.

"Bala kini berada di Paris bersama seorang lagi peguam beliau, Manjeet Singh Dhillon dan sesi
soalsiasat itu akan memakan masa selama lebih kurang empat jam.

"Saya tidak tahu apa yang akan ditanya kepada Bala tetapi setakat maklumat yang kita maklum kaitan beliau dengan kes Scorpene ialah melalui hubungan Bala dengan Altantuya.

"Kita tahu Altantuya dijanjikan komisyen sebanyak A$500,000 dalam urus niaga tersebut dan sudah
tentunya pihak pendakwaraya mahu mendapat butiran lebih lanjut samada Altantuya memperolehi komisyen yang dijanjikan, daripada siapa atau syarikat apa, ke mana wang tersebut disalurkan dan untuk tujuan. Kalau beliau tidak dapat, kenapa? Peranan Bala dalam siasatan yang komprehensif ini hanya akan tertumpu apa yang beliau tahu melalui hubungan beliau dengan Altantuya dan mereka yang berhubungan dengannya," kata Americk ketika dihubungi di
London.

Americk juga berkata pihaknya tidak dapat bertemu dengan peguam badan hak asasi manusia Malaysia,
Suara Malaysia (Suaram) keran ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.

"Undang-undang Perancis melarang sama sekali sebarang hubungan dengan pihak pendakwaraya
sebelum bermula proses soalsiasat," terang beliau lagi.

Tambah beliau, Manjeet dan Bala hanya dibenarkan bertemu dengan dua peguam yang mewakili Suaram yang bertindak sebagai pihak yang membuat aduan, pagi esok di Paris.

Salah seorang peguam Suaram yang akan ditemui termasuk Joseph Breham yang pernah berkunjung ke
Kuala Lumpur untuk memgumpul malumat berhubung penyiasatan kes skandal Scorpene April lalu.

Americk berkata rancangan pihak pendakwaraya Perancis untuk menyoalsiasat Bala telah dibuat
kira-kira sebulan lalu apabila beliau membuat persiapan untuk bertemu dengan pegawai penyiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Apabila kami bertanya kepada pihak pendakwaraya Perancis bahawa Bala akan berada di London untuk bertemu dengan SPRM dan samada mereka juga berminat untuyk bertemu beliau, mereka terus bersetuju tanpa banyak berfikir lagi," kata Americk.

Walau bagaimana SPRM menarik diri pada saat akhir untuk bertemu Bala yang dijadualkan selama dua hari bermula 5 Julai lalu.
Oleh Dzulkarnain Taib
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger