IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.
Beliau berkata, tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.
"Pengeluaran saman itu agak samar...saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Click Here
Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Yusof, mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.
Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing. - Bernama
Home »
» Nizar akan bawa isu saman ekor ke Dewan Rakyat
Nizar akan bawa isu saman ekor ke Dewan Rakyat
Written By canang on Rabu, 14 Julai 2010 | 7/14/2010 07:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan