HASRAT pelakon Que Haidar untuk berhenti berlakon bukanlah kerana sifat cemburu isterinya, Linda Jasmine seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.
Sebaliknya, Que atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 31, berkata, keputusan yang dibuat itu adalah atas kehendaknya sendiri kerana mengutamakan ahli keluarga serta bisnes yang telah dirancangkan.
Katanya, keputusan itu juga tidak bermakna dia akan berhenti sepenuhnya daripada dunia lakonan.
"Isteri saya tidak cemburu. Itu semata-mata adalah gosip liar," katanya kepada MStar Online.
Menurut Que, dia tidak mungkin berhenti sepenuhnya daripada bidang lakonan kerana menganggap dirinya dilahirkan sebagai seorang pelakon.
"Mana mungkin saya lari daripada bidang lakonan. Dan saya bukannya mata duitan apabila berlakon. Saya berlakon kerana minat mendalam saya dalam bidang lakonan," katanya.
Sekiranya mendapat watak yang bagus serta tawaran berlakon yang menarik, Que berkata, dia pastinya akan menimbang sama ada akan membintanginya atau pun tidak.
Mengenai bisnesnya, pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 dan 2009 ini menjelaskan ia masih dalam perancangan.
Katanya, dia tidak dapat mengulas lanjut kerana takut perancangan bisnesnya tidak menjadi.
Buat masa ini, Que menikmati saat-saat bahagia kehidupan rumah tangganya dengan Linda yang juga guru tari popular.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, sembilan bulan dan Qalif Khan, 10 tahun yang merupakan anda Linda hasil perkahwinan terdahulu.
"Pada 26 haribulan ini, Tengku Ratu akan genap berusia sembilan bulan. Anak kesayangan saya kini pandai merangkak dan tidak banyak kerenah," katanya.
Home »
» Que Haidar Bersara Berlakon
Que Haidar Bersara Berlakon
Written By canang on Sabtu, 17 Julai 2010 | 7/17/2010 11:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan