PELAKON dan pengacara Annahita Bakavoli (gambar) yang baru sahaja menamatkan zaman bujang dengan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, Sabtu lalu merancang mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.
Gadis berusia 28 tahun ini mengakui ini adalah masa paling tepat untuknya menjalani kehidupan baru dengan keluarga yang sempurna.
"Kami merancang untuk mendapat anak kalau boleh tahun depan sebab usia saya pun sudah mencecah 28 tahun. Ini adalah masa yang paling sesuai. Saya mahu menjalani kehidupan sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna.
"Namun begitu itu ia hanyalah sekadar perancangan. Kalau tidak ada rezeki kami terima tapi secara jujurnya saya sudah bersedia menjadi seorang ibu," jelas Annahita.
Anahita dan Saiful Baha diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai lalu.
Menurut Annahita perkenalan yang kurang daripada setahun itu bukanlah penghalang untuk dia menerima lelaki tersebut dalam hidupnya.
Dia yakin lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu mampu menjadi seorang suami dan ayah yang baik.
"Saya mula kenal suami saya pada Januari lalu dan baru tiga bulan kami betul-betul rapat tapi yang membuatkan saya menerima dia adalah kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya cari.
"Kami serasi bersama dan dia datang dalam hidup saya tepat pada masanya. Memang hidup bujang itu menyeronokan tetapi sebuah perkahwinan adalah melengkapi hidup kita," ujarnya.
Bercerita tentang suaminya, wanita itu memberitahu banyak perkara dan ciri-ciri yang ada pada suaminya itu mampu menawan hatinya.
"Suami saya seorang yang bijak, boleh bertukar-tukar. Memang pada awalnya kami hanya sekadar kawan biasa namun lama kelamaan saya rasakan keserasian itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Anna memberitahu tiada halangan untuk dia meneruskan kerjayanya dalam bidang seni, malah suaminya juga memberi sokongan selagi dia ingin berada di dalam industri ini.
"Dia tidak pernah menghalang kerjaya saya, malah memberi sokongan jika saya mahu terus bekerja. Cuma saya perlu faham dan tahu batas-batasnya selepas berstatus isteri ini bukan seperti orang bujang," kata Anna ketika dihubungi mStar Online.
Dalam majlis pernikahajn itu, Annahita turut menerima wang hantaran sebanyak RM21,212.21 dan mas kahwin sebanyak RM2,000.
Mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada 16 Julai ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KGCC), Mont Kiara, Damansara, Kuala Lumpur.
Home »
» Selepas Kahwin Setiausaha Sulit Menteri Datuk Saiful Baha, Anahita Tak Sabar Timang Anak
Selepas Kahwin Setiausaha Sulit Menteri Datuk Saiful Baha, Anahita Tak Sabar Timang Anak
Written By canang on Rabu, 14 Julai 2010 | 7/14/2010 12:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan