BAITULMAQDIS - Seorang ketua agama berpengaruh di Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan Tuhan patut menurunkan wabak penyakit kepada rakyat dan pemimpin Palestin, Sabtu lalu.
Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk Palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel yang dijadual bermula minggu depan.
"Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi.
"Tuhan patut menurunkan penyakit berbahaya kepada pembenci Israel ini," katanya.
Yosef, 89, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 2001 semasa kebangkitan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.
Ketua agama yang dilahirkan di Iraq itu juga menegaskan adalah haram bagi Israel untuk mempunyai rasa belas kasihan terhadap rakyat Palestin.
Kenyataan biadap Yosef itu dilihat dikeluarkan bagi menganggu proses rundingan damai yang akan berlangsung di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Washington, 2 September depan.
Home »
» Doa Yahudi mahu Islam Palestin mati
Doa Yahudi mahu Islam Palestin mati
Written By canang on Rabu, 1 September 2010 | 9/01/2010 05:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan